aku mahu tunduk serendah-rendahnya
umpama dipijak hina rebah menyentuh bumi.
menguis ranap lama mencarik-carik hati.
sekali lagi aku ditetak mati sendiri.
sekali lagi aku dicerca emosi memerli.
sekali lagi aku diheret ke arah sepi.
dia dipinjamkan untuk aku sementara cuma.
cukup untuk senyum sebeberapa purnama.
cukup juga untuk membenci sampai bila-bila.
sadis ini tak perlu didiskribsi dalam
hanya dengan redup mata memandang sayu
sudah mampu mengganti adu.
seumpama perempuan pakai buang.
disayang mula, dibiar lupa akhirnya.
cerita itu diulang-ulang.
bagai tiada berpenghujung
sentiasa tersadung.
Puisi tentang hati seorang perempuan yang tak henti-henti dirawatsiat. Masih diuji walau sudah berkali-kali dilayan keji.


